Friday 4 March 2011

Pil Manjakani Sarapat Plus (Cosway)

Kzanah Manjakani Sarapat Plus - Cosway
Maklumat Produk
Kzanah Manjakani Sarapat Plus, ramuan yang telah diperbaiki mengandungi manjakani, akar sarapat, gambir, daun jarak dan kunyit (sejenis antioksidan yang kuat), berkesan dengan lebih baik dalam meningkatkan kesihatan dan kecergasan secara menyeluruh..
MAL20032218TR

Maklumat produk:

Kandungan bersih: 150 pil x 250mg
Kzanah Manjakani Sarapat Plus membantu: 

  • Mengembalikan semula ton dan mengetatkan dinding faraj
  • Memelihara badan agar langsing
  • Mengetatkan otot perut
  • Menyelaraskan kitaran haid, melegakan senggugut dan sakit belakang
  • Menghapuskan keputihan berlebihan, gatal-gatal dan bau yang kurang menyenangkan
  • Memelihara badan agar sentiasa sihat, segar dan penuh bertenaga


Manjakani atau tumbuhan Oak membantu menyegarkan semula sel otot faraj dengan ramuannya yang kaya dengan zat –Taninins, Tannic, asid galik dan vitamin A. Zat-zat ini  merupakan makanan tambahan penting serta vitamin C, kalsium, zat besi, protein dan karbohidrat adalah untuk memelihara pembaharuan dan pemulihan lazim sel dan tisu otot faraj. Orang Asia sudah lama mengamalkan  Manjakani bagi mengecutkan otot faraj selepas bersalin.


Manjakani adalah salah satu herba penyusut yang paling kuat yang terkenal. Ciri-ciri penyusut yang kuat ini membantu dalam mengetatkan dan memejalkan semula otot dinding faraj, mengembalikan kekenyalan otot, memperbaiki ton otot dan juga membantu mengurangkan keputihan (leukoria) yang boleh menyebabkan bau busuk. Di samping itu, ia juga mengandungi ciri-ciri nyahkuman semulajadi yang berkesan dalam menghapuskan kuman bakteria, yis dan kulat- iaitu penyebab utama kegatalan dan bau yang tidak menyenangkan di kawasan sulit wanita. Manjakani juga adalah bahan antioksida yang kuat yang membantu melambatkan proses penuaan.


Disyorkan kepada: 

  • Mereka yang mempunyai dinding faraj yang lemah dan longgar disebabkan oleh bersalin dan umur
  • Mereka yang mengalami keputihan yang berlebihan, gatal-gatal dan bau yang tidak menyenangkan
  • Mereka yang mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
  • Mereka yang mengalami senggugut
  • Mereka yang ingin memelihara atau meningkatkan tenaga dan kecergasan fizikal.

TIDAK DISYORKAN KEPADA WANITA HAMIL

Arahan penggunaan: 
Dos : 2 biji 3 kali sehari 

Kandungan: 
Gambir – agen penyusut kuat yang mengandungi antioksidan katesin dan asid katesutanik. Berguna untuk menghentikan keputihan yang berlebihan. 
Daun jarak -  digunakan sebagai ubat cacing dan julap, membantu melawaskan pembuangan air besar.


Akar Sarapat – namanya menggambarkan makna, sarapat bererti ‘mengetatkan’ dalam bahasa Melayu. Kebiasaannya digunakan di dalam penyembuhan luka dan rawatan wanita selepas bersalin dan kecederaan berkaitan bersalin. Juga digunakan dalam pengecutan otot faraj dan rahim. 
Kunyit – berguna dalam merawat pendarahan, kitaran haid yang tidak teratur dan masalah hati. Juga digunakan oleh wanita selepas bersalin untuk merangsang dan melancarkan peredaran darah. Antioksidan yang kuat bagi menggalakkan kesihatan menyeluruh dan kulit yang sihat


Manjakani Sarapat Plus 
Mengetatkan Dan Mengurangkan Keputihan Berlebihan 

No comments:

Post a Comment